Subscribe:

Thursday 27 October 2011

Bercerita tentang Keli

Awal tahun 2011, setelah mendengar cerita daripada seorang rakan tentang penternakan keli....Minat mula berbuih..Aku menceburi bisnes keli dengan penambakan tanah di sebelah rumah...Antara kos awalan yang telah dikeluarkan bagi pencetus bidang ini termasuklah:

           modal tambak tanah sebelah rumah-rm 1200
           modal bina pengadang tepi tanah - rm 500
           modal kanvas keli full termasuk pump n upah- rm 2400
           modal  lori 3 tan mengangkut dari sg. buloh ke kelantan-rm 550

Berbekallkan semangat membara (hehehe), aku mula menyelidik di internet berkenaan bisnes ini, untung rugi dan sebagainya...dari sebuah website iaitu www.majalah.com, aku terjumpa satu iklan jualan kanvas ikan keli yang terpakai, rezeki...kontek punya kontek, akhirya dapat gak lokasi seller tu, rupa-rupanyer dier berada di Sungai Buloh, ini sudah bagus!!!....p/s tempat lama aku dulu- pernah menjalani latihan industri kat situ...hehehe...


Apalagi berbekalkan semangat jitu (ngeh3x), di kesempatan waktu 'outing', aku pergi ke sana bersama seorang kawan, usha-usha..hasil dari tinjauan, masih boleh digunakan..hermm..aku difahamkan oleh brother seller tu, dier nyer bisnes keli bankrap sebab xdapat cari pasaran nak rotate modal..So, deposit dihulurkan sebanyak RM 1000.."Nanti ujung minggu saya datang amek yer bang" ..hehehe...


Ni satu lagi masalah...transport ke pantai timur...apalagi, usha mudah.com ploks... dapatla reger murah2x dari satu syarikat lori 3 tan..lupa lak ape name syarikat tuh..tapi time tuh murahla dari syarikat laen (mau tak 10 syarikat transport aku call)...so bagi rm550 -dapatler lori 3 tan bawak balik kanvas ke kampung...ngeh3x..


Kanvas 10 Kaki

 Kanvas 10 Kaki

 Kanvas 15 Kaki

Kanvas 15 Kaki

0 comments:

Post a Comment