Subscribe:

Thursday 10 November 2011

Panduan Lengkap Dan Ringkas Ternakan Keli Kanvas

A. PERSIAPAN TEMPAT TERNAKAN 

i)  Pembersihan Kanvas
> Tangki ternakan dicuci bersih
> Rawat dengan larutan 1000 ppm garam sekiranya pernah dijangkiti penyakit
ii) Pemasangan Sistem Bekalan Air
> Pastikan sistem bekalan dan tukaran air berfungsi dengan sempurna

B. KUALITI AIR TERNAKAN

i) Sumber Air
                > Sungai, kolam, telaga dan matair yang tidak tercemar
ii) Parameter air
                > Suhu air (28 – 31 C), oksigen terlarut (> 3 ppm), pH (6.5 – 8.5)

C. PEROLEHAN BENIH

i) Sifat
                > Sempurna fizikal/ tidak cacat
ii) Kesihatan
> Aktif, tiada tanda ‘stress’, kemerahan, tiada tanda kecederaan, tiada kerosakan fizikal tubuh/ organ
iii) Saiz
                > Panjang – 10 cm @ 3 inci
                > Berat – 10 gram

D. PELEPASAN BENIH

i) Pengiraan benih
                > benih perlu dikira setiap ekor
ii) Penstokan benih
                > 700 ekor/ kanvas
iii) Masa pelepasan
                > Awal pagi pukul 6 a.m – 9 a.m
                > lewat petang pukul 5 a.m – 8 a.m

E. PEMAKANAN TERNAKAN

i) Penganggaran Makanan
                > Dilakukan setiap 2 minggu
                                Kaedah:
                                > Tangkap 10 ekor ikan secara rawak
                                > Timbang
                                > Ambil purata berat seekor
                                > Darab bilangan ikan dalam kanvas
                                > Dapatkan berat keseluruhan ikan dalam kanvas
                                > kira keperluan makanan berdasarkan peratusan kadar yang ditetapkan
ii) Pemberian Makanan
                > Jangan beri makan ikan pada hari hujan atau mendung
                > Jangan beri makan 12 jam selepas pelepasan benih
iii) Masa makan
                > 9 a.m – 11 a.m
                > 5 p.m – 7 p.m
iv) Bilangan hari – Peratus dari berat badan ikan
                > Hari (1-30) -  5 %
                > hari (31-60) – 3 %
                > Hari (61-90) – 3 %

F. PENGURUSAN AIR TERNAKAN 

i) Setokan Air ternakan
> Kedalaman 15-30 cm pada masa pelepasan benih, tambah air sehingga 45 cm selepas 30 hari
ii) Penukaran Air
> Tukar air apabila warna air berubah menjadi hijau pekat. Tukar air apabila air ternakan mengeluarkan benih- benih kasar
> Tukar air apabila kandungan keladak meningkat

G. PENGREDAN

i) Tempoh
                > Tempoh ternkan ialah 90 hari. Ikan yang mencapai saiz pasaran awal perlu dijual.
                > Saiz pasaran ialah 4-4 ekor /kg
ii) Pemberian makanan
                > Berhentikan pemberian makanan 24 jam sebelum penuaian hasil



0 comments:

Post a Comment