Subscribe:

Thursday 10 November 2011

Panduan Lengkap Dan Ringkas Ternakan Keli Kanvas

A. PERSIAPAN TEMPAT TERNAKAN 

i)  Pembersihan Kanvas
> Tangki ternakan dicuci bersih
> Rawat dengan larutan 1000 ppm garam sekiranya pernah dijangkiti penyakit
ii) Pemasangan Sistem Bekalan Air
> Pastikan sistem bekalan dan tukaran air berfungsi dengan sempurna

B. KUALITI AIR TERNAKAN

i) Sumber Air
                > Sungai, kolam, telaga dan matair yang tidak tercemar
ii) Parameter air
                > Suhu air (28 – 31 C), oksigen terlarut (> 3 ppm), pH (6.5 – 8.5)

C. PEROLEHAN BENIH

i) Sifat
                > Sempurna fizikal/ tidak cacat
ii) Kesihatan
> Aktif, tiada tanda ‘stress’, kemerahan, tiada tanda kecederaan, tiada kerosakan fizikal tubuh/ organ
iii) Saiz
                > Panjang – 10 cm @ 3 inci
                > Berat – 10 gram

D. PELEPASAN BENIH

i) Pengiraan benih
                > benih perlu dikira setiap ekor
ii) Penstokan benih
                > 700 ekor/ kanvas
iii) Masa pelepasan
                > Awal pagi pukul 6 a.m – 9 a.m
                > lewat petang pukul 5 a.m – 8 a.m

E. PEMAKANAN TERNAKAN

i) Penganggaran Makanan
                > Dilakukan setiap 2 minggu
                                Kaedah:
                                > Tangkap 10 ekor ikan secara rawak
                                > Timbang
                                > Ambil purata berat seekor
                                > Darab bilangan ikan dalam kanvas
                                > Dapatkan berat keseluruhan ikan dalam kanvas
                                > kira keperluan makanan berdasarkan peratusan kadar yang ditetapkan
ii) Pemberian Makanan
                > Jangan beri makan ikan pada hari hujan atau mendung
                > Jangan beri makan 12 jam selepas pelepasan benih
iii) Masa makan
                > 9 a.m – 11 a.m
                > 5 p.m – 7 p.m
iv) Bilangan hari – Peratus dari berat badan ikan
                > Hari (1-30) -  5 %
                > hari (31-60) – 3 %
                > Hari (61-90) – 3 %

F. PENGURUSAN AIR TERNAKAN 

i) Setokan Air ternakan
> Kedalaman 15-30 cm pada masa pelepasan benih, tambah air sehingga 45 cm selepas 30 hari
ii) Penukaran Air
> Tukar air apabila warna air berubah menjadi hijau pekat. Tukar air apabila air ternakan mengeluarkan benih- benih kasar
> Tukar air apabila kandungan keladak meningkat

G. PENGREDAN

i) Tempoh
                > Tempoh ternkan ialah 90 hari. Ikan yang mencapai saiz pasaran awal perlu dijual.
                > Saiz pasaran ialah 4-4 ekor /kg
ii) Pemberian makanan
                > Berhentikan pemberian makanan 24 jam sebelum penuaian hasil



Thursday 3 November 2011

Rancangan Perniagaan Projek Ternakan Keli

Salam.. untuk mendapatkan belanjawan atau modal bagi nak 'onkan' bisnes nih pada skala yang lebih besar, tidak dapat tidak anda mesti memohon pinjaman dari agensi berkaitan atau anda memang mempunyai rangakaian modal yang Beasaqqq...:-)....ni contoh rancangan perniagaan yang diambil dari www.rancanganperniagaan.com..bolehla melawat ke website tu klau nak banyak lgi sample bisness planning...so silalah klik link rancangan perniagaan klau nak tgok...ngeh3x...