Subscribe:

Friday 28 October 2011

FAQ : Soalan-Soalan Tentang Sistem Ternakan Tangki Kanvas Mudah Alih

Tangki

1. Apakah perbezaan menternak ikan di dalam kolam tanah dengan penternakan di dalam tangki?
Ternakan ikan di dalam tangki bukan kaedah yang baru. Selama ini ikan diternak di dalam tangki gentian kaca atau tangki simen. Kedua-dua cara ternakan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.


2. Apakah kapasiti satu tangki kanvas?
Saiz sesuatu tangki kanvas ialah 15 kaki x 4 kaki x 3 kaki ( 4.57 m x 1.22 m x 0.92 m)

3. Apakah jumlah isispadu air dalam suatu tangki?
90 kaki padu air atau 2.56 meter padu (m3); 2560 liter air

4. Apakah keadaan ternakan yang sesuai dengan tangki ini?
a. Operasi hatcheri (Pusat pembenihan)
b. Penghasilan ikan ke saiz pasaran
c. Tanah tidak sesuai untuk menggorek kolam
d. Tanak tidak mencukupi untuk menggorek kolam
e. Kekurangan pengetahuan dalam bidang akuakultur

Pengurusan Penternakan

5. Bagaimana dengan pengurusan kualiti air?
Sebaik-baiknya, penukaran air berlaku secara berterusan 24 jam sehari.

6. Bagaimana tentang pemakanan?
Kaedah ternakan ini menggunakan pelet yang sesuai dengan ikan yang diternak.

7. Benarkah kos pemakanan untuk ternakan ikan dalam tangki lebih tinggi berbanding ternakan dalam kolam?
Ini memang benar kerana ternakan dalam tangki sama seperti ternakan intensif dalam kolam dan memerlukan pemakanan yang lengkap nutrisi iaitu pemakanan yang memenuhi keperluan nutrisi ikan ternakan. Ini ialah kerana pemakanan yang diberikan adalah sumber nutrisi yang tunggal untuk ikan. Kos pemakanan lengkap nutrisi adalah tinggi.

8. Bolehkah kos pemakanan yang tinggi ini dikurangkan?
Kajian di USM mendapati bahawa pemakanan yang diberikan kepada ikan tidak perlu mengandungi paras protein yang sama sepanjang masa penternakan. Oleh yang demikian, satu jadual pemberian pemakanan bercampur telah dikembangkan yang boleh menjimatkan kos pemakanan sehingga 17% setiap tangki.

9. Apakah tempoh penternakan sehingga saiz pasaran?
Untuk ikan keli, masa yang diperlukan ialah 3 hingga 3½ bulan manakala masa ternakan hingga saiz pasaran (200gm seekor). Manakala untuk ikan tilapia merah, tempoh ini bergantung kepada saiz penstokkan. Misalnya jika ikan bersaiz 100 g distokkan, masa yang diambil untuk mencapai saiz pasaran 600 g ialah 3 bulan.

10. Berapakah bilangan tangki yang perlu beroperasi untuk ternakan yang berekonomi?
Untuk memastikan pulangan yang berterusan, bilangan tangki yang minimum yang patut dibuka ialah 18 tangki untuk ikan keli dan 24 tangki untuk ikan tilapia.

Kos Ternakan

11. Apakah kos bagi sebuah tangki?
USM tidak memasarkan tangki kanvas mudah alih secara tersendiri tetapi memasarkannya dalam satu sistem bermodul. Sistem bermodul yang ini dipasarkan sebagai satu pakej telah mengambil kira tangki, kos pemasangan, kos perjalanan dan sara hidup serta perkhidmatan pemantauan yang dijalankan oleh pihak USM selama 3 hingga 6 bulan. Anggaran kos bagi satu modul 18 tangki dan 24 tangki ialah RM22,000 dan RM26,000 masing-masing. Ini dijangka akan berkurangan jika bilangan tangki meningkat.

12. Bagaimana kos tangki kanvas mudah alih jika dibandingkan dengan kos tangki gentian kaca?
Kos tangki gentain kaca lebih kurang tiga kali ganda lebih mahal.

13.  Apakah kos operasi bagi satu tangki?
Kos operasi bagi satu kolam untuk benih dan pemakanan sahaja ialah RM300/- untuk satu pusingan ternakan. Kos ini tidak termasuk kakitangan, kos air, elektrik dsb.

14. Bukankah kos operasi ini agak tinggi?
Ini ialah kerana pemakanan yang diberikan adalah pelet yang bermutu tinggi dan lengkap daripada segi kandungan nutrisi. Walaupun kos penternakan lebih tinggi daripada penternakan kolam (yang biasanya menggunakan perut ayam dsb.), kelebihan teknologi ini ialah risiko daripada segi kemandirian yang rendah, gangguan daripada pemangsa seperti memerang dan ikan lain serta kebarangkalian keracunan air amat rendah sekali. Jika seorang penternak menternak dengan cekap dan mengikuti kaedah yang disarankan, kadar kemandirian setinggi 95% boleh dicapai.

15.  Apakah keuntungan yang bakal diperolehi?
Keuntungan ini bergantung kepada bilangan tangki yang beroperasi dan harga pasaran



Petikan : Kumpulan Penyelidikan Akuakultur, Universiti Sains Malaysia, 2006

0 comments:

Post a Comment